Tuesday 27 December 2011

Soal Jawab Pencen

FAQ PENCEN

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI OPSYEN PERSARAAN MELALUI PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 DAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2011.


1. Siapakah pegawai yang layak diberi opsyen umur persaraan 60 tahun di bawah SBPA?.

Pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012 layak diberi opsyen umur persaraan wajib 60 tahun. (Mereka yang bersara sebelum atau pada 01 Januari 2012 tidak berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012, iaitu tarikh kuat kuasa pekeliling. Maka mereka tidak tertakluk kepada pekeliling itu).


2.Adakah pegawai yang memilih SBPA wajib memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?.
Tidak. Pegawai yang memilih SBPA boleh memilih sama ada kekal dengan umur persaraan wajib sekarang atau umur persaraan wajib 60 tahun.


3.Bilakah pembayaran pencen akan dibuat kepada pegawai yang bersara pilihan sekiranya pegawai memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?

(a) Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 50 tahun (bagi pegawai lelaki) dan 45 tahun (bagi pegawai perempuan).

(b) Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, berkuatkuasa 1.1.2012 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun walaupun pegawai telah memilih opsyen 60 tahun atau pun memilih kekal pada umur persaraan sekarang (samada 55/56/58 tahun).

[Syarat di atas terpakai bagi semua pegawai (samada memilih SBPA atau tidak dan samada memilih opsyen umur persaraan 60 tahun atau tidak]


4. Adakah tempoh perkhidmatan seseorang pegawai memberi kesan kepada bayaran ganjaran dan pencen apabila mencapai umur bersara paksa yang dipilih?.
Ada. Bagi tujuan pengiraan bayaran ganjaran, tempoh perkhidmatan sebenar yang boleh dimasukkira semasa umur bersara paksa akan diambilkira untuk tujuan bayaran ganjaran tersebut. Contohnya, jika seseorang pegawai itu telah berkhidmat selama 35 tahun sehingga tarikh bersara paksanya, maka ganjaran akan dibayar berdasarkan tempoh perkhidmatan tersebut. Sementara bagi tujuan pengiraan bayaran pencen bulanan pegawai, maksimum tempoh perkhidmatan yang akan diambilkira untuk dibayar pencen bulanan adalah 30 tahun sahaja walaupun telah berkhidmat selama 35 tahun.


5.Bagaimanakah formula pengiraan bayaran ganjaran dan pencen bulanan?

(a) Ganjaran

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

(b) Pencen bulanan

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.
Tertakluk kepada pencen maksimum 3/5 daripada daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambilkira)

[Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira adalah dalam kiraan jumlah bulan perkhidmatan]


Contoh pengiraan faedah persaraan:

1. Ganjaran = 7.5% x 408 bulan x RM 6,000.00 = RM183,600.00

2. Pencen = 1/600 x 408 bulan x RM6,000.00 = RM4,079.99
Tetapi terhad kepada = 3/5 x RM6,000.00 = RM3,600.00


6. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 55/56 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun?.
Tidak boleh. Opsyen ini tidak boleh memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun. Pegawai hanya boleh memilih samada kekal pada umur persaraan paksa sedia ada iaitu 55/56 tahun atau memilih umur persaraan paksa kepada 60 tahun.


7. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 58 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 55/56 tahun?.
Tidak boleh. Opsyen ini hanya untuk kekal umur persaraan paksa sekarang atau memilih umur persaraan paksa 60 tahun. Pegawai tidak boleh memilih umur persaraan paksa selain daripada itu. Contohnya, sekiranya telah dipilih umur persaraan paksa 58 tahun pada tahun 2008 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008, pegawai tidak dibenarkan memilih umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun

No comments:

Post a Comment