Sedar tak sedar, rupanya cuti sekolah telah memasuki minggu ketiga...
masih meriah dengan kenduri di sana sini..bagi yang berdiet, inilah cabaran
yang agak hebat menanti, emmm..kalau tak kuat iman, rasanya program diet
yang dirancang berbulan-bulan lamanya bakal lebur
dek memenuhi undangan...tapi tak mengapalah, memenuhi undangan itu suatu tuntutan,
lagipun meraikan tuan rumah dan pengantin juga dapat menggembirakan hati semua pihak..
Walau bagaimanapun tidak semestinya memenuhi jemputan kita tidak dapat berdiet...
kata orang hendak seribu daya, kalau tak mahu tu, faham-faham sendirilah kan,
pelbagai alasan akan tercipta untuk memenuhi kehendak yang satu itu..
sebagai permulaan bagi yang berdiet, apa kata kita ikut sedikit petua-petua atau tips
ketika menghadiri kenduri...
Tips diet ketika menerima undangan kenduri:
i) Minum air masak / kosong sebelum melangkah ke rumah kenduri. Ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dan secara tidak langsung, mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.
ii) Makan buah-buahan terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan makanan berat yang lain (lagipun ini juga merupakan sunnah nabi kita kn ;)
iii) Sudah menjadi trend kebanyakan kenduri sekarang ni, tuan rumah menyediakan pelbagai juadah, ada bubur, mee rebus, laksa, soto, teh tarik, cendol, rojak selain menu wajibnya nasi dan lauk pauk yang pelbagai jenis. Jangan rambang mata, pilih satu sahaja makanan yang betul2 menepati citarasa dan mempunyai nutrisi yang seimbang..ingat makanan lain tu anda bukannya tidak pernah makan pun..
iv) Elakkan minum minuman yang manis selepas makan. Jika tuan rumah tidak menyediakan
air kosong, apa kata anda bawa sendiri sebotol air minuman ketika menghadiri kenduri..
mudah bukan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa..
v) Jangan ambil terlalu banyak lauk sehingga penuh satu pinggan seolah-olah anda baru sahaja pulang dari negara Somalia dan sudah beberapa hari tidak bertemu dengan makanan..pilih lauk yang benar-benar anda rasa berkhasiat dan seimbang..jangan risau untuk tuan rumah jika lauknya tidak habis kerana anda tidak mengambil kesemua lauk yang dihidangkan ;)...
vi) Kunyah makanan anda perlahan-lahan..biar makanan yang dimakan itu betul2 hadam sebelum ditelan. Nabi pun mengunyah 40 kali sebelum menelan sesuatu makanan..kan dapat pahala kalau kita menurut sunnah..;)
Okey..itu sahaja untuk tinta pena kali ini..apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri ini...Wassalam.....ctahsaid.
No comments:
Post a Comment