Thursday, 29 December 2011

3 Idiots..filem yang cukup semua rencah rasanya...

Dah hujung2 tahun ni, best pulak movie yang ditayangkan kat tv. Malam tadi sempat layan filem 3 idiots lakonan Amir Khan..memang best sangat cerita ni. Sepatutnya ramai yang luangkan sedikit masa untuk menonton filem ni. Walaupun TV3 terpaksa menyambung cerita ni sehingga dua malam berturut-turut, tetap sabar menanti.

Kisahnya tentang Rancho, seorang pelajar genius yang meneruskan pelajaran di ICE iaitu sebuah kolej engineering yang termasyhur. Ramai la bakal2 jurutera yang terpaksa bersaing untuk berjaya. Di kolej ini Rancho bertemu dengan Farhan dan Raju dan mereka menjadi sahabat baik. Farhan berminat dalam bidang fotografi dan mengambil gambar2 binatang tetapi terpaksa melupakan minatnya itu kerana ayahnya amat mengharapkan yang dia akan menjadi seorang jurutera manakala Raju pula berdepan dengan masalah kemiskinan, ditambah dengan ayahnya yang terlantar sakit. Jadi dia diharapkan dapat mengubah nasib keluarga serta dapat menyediakan dowri bagi perkahwinan adik perempuannya..Bagi Rancho, dia suka kalau setiap orang diberi kebebasan untuk memilih bidang yang mereka minat dan bukan terlalu mengikut apa yang disarankan oleh ibu bapa..

Di kolej ini juga, Rancho sering bertelagah dengan Virus, pengetua kolej. Rancho dianggap cuba mengkucarkacirkan kehidupan di kolej. Watak seorang lagi yang menarik ialah si Chatur, pelajar yang sering mendapat tempat teratas kerana kebolehannya menghafal...dan pastinya adegan paling menarik bila Chatur ni membuat ucapan tentang Pengetua Kolej, Virus..hahaha memang gelak tak ingat bila Rancho tu dah ubah teks asalnya..yang Chatur ni pulak kurang faham cuma menghafal jea, apa lagi, dituduhnya Virus ni perogol..dan semua pelajar berjanji akan menjadi perogol seluruh dunia....riuh rendah pelajar kat dewan tu..

Kata-kata dalam filem ni juga, banyak yang memberi inspirasi antaranya apa yang diucapkan oleh Farhan bila dapat tahu si Rancho ni mendapat tempat teratas dalam kolej..

"That day we learned, when your friend flops, you feel bad. When he tops, you feel even worse"

Banyak lagi yang menarik tentang filem ni dan masuk dalam kategori harus ditonton..lagu-lagunya best





pemandangan pun cantik, ni salah satu pemandangan yang buat kita rasa teruja nak sampai di tempat tersebut.



Nak kena cari dvd cerita ni juga lah nampaknya..selamat menonton..;)

Tuesday, 27 December 2011

Soal Jawab Pencen

FAQ PENCEN

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI OPSYEN PERSARAAN MELALUI PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 DAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2011.


1. Siapakah pegawai yang layak diberi opsyen umur persaraan 60 tahun di bawah SBPA?.

Pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012 layak diberi opsyen umur persaraan wajib 60 tahun. (Mereka yang bersara sebelum atau pada 01 Januari 2012 tidak berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012, iaitu tarikh kuat kuasa pekeliling. Maka mereka tidak tertakluk kepada pekeliling itu).


2.Adakah pegawai yang memilih SBPA wajib memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?.
Tidak. Pegawai yang memilih SBPA boleh memilih sama ada kekal dengan umur persaraan wajib sekarang atau umur persaraan wajib 60 tahun.


3.Bilakah pembayaran pencen akan dibuat kepada pegawai yang bersara pilihan sekiranya pegawai memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?

(a) Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 50 tahun (bagi pegawai lelaki) dan 45 tahun (bagi pegawai perempuan).

(b) Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, berkuatkuasa 1.1.2012 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun walaupun pegawai telah memilih opsyen 60 tahun atau pun memilih kekal pada umur persaraan sekarang (samada 55/56/58 tahun).

[Syarat di atas terpakai bagi semua pegawai (samada memilih SBPA atau tidak dan samada memilih opsyen umur persaraan 60 tahun atau tidak]


4. Adakah tempoh perkhidmatan seseorang pegawai memberi kesan kepada bayaran ganjaran dan pencen apabila mencapai umur bersara paksa yang dipilih?.
Ada. Bagi tujuan pengiraan bayaran ganjaran, tempoh perkhidmatan sebenar yang boleh dimasukkira semasa umur bersara paksa akan diambilkira untuk tujuan bayaran ganjaran tersebut. Contohnya, jika seseorang pegawai itu telah berkhidmat selama 35 tahun sehingga tarikh bersara paksanya, maka ganjaran akan dibayar berdasarkan tempoh perkhidmatan tersebut. Sementara bagi tujuan pengiraan bayaran pencen bulanan pegawai, maksimum tempoh perkhidmatan yang akan diambilkira untuk dibayar pencen bulanan adalah 30 tahun sahaja walaupun telah berkhidmat selama 35 tahun.


5.Bagaimanakah formula pengiraan bayaran ganjaran dan pencen bulanan?

(a) Ganjaran

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

(b) Pencen bulanan

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.
Tertakluk kepada pencen maksimum 3/5 daripada daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambilkira)

[Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira adalah dalam kiraan jumlah bulan perkhidmatan]


Contoh pengiraan faedah persaraan:

1. Ganjaran = 7.5% x 408 bulan x RM 6,000.00 = RM183,600.00

2. Pencen = 1/600 x 408 bulan x RM6,000.00 = RM4,079.99
Tetapi terhad kepada = 3/5 x RM6,000.00 = RM3,600.00


6. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 55/56 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun?.
Tidak boleh. Opsyen ini tidak boleh memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun. Pegawai hanya boleh memilih samada kekal pada umur persaraan paksa sedia ada iaitu 55/56 tahun atau memilih umur persaraan paksa kepada 60 tahun.


7. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 58 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 55/56 tahun?.
Tidak boleh. Opsyen ini hanya untuk kekal umur persaraan paksa sekarang atau memilih umur persaraan paksa 60 tahun. Pegawai tidak boleh memilih umur persaraan paksa selain daripada itu. Contohnya, sekiranya telah dipilih umur persaraan paksa 58 tahun pada tahun 2008 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008, pegawai tidak dibenarkan memilih umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun

Tuesday, 20 December 2011

TPG Baru untuk DG41

Tarikh Pergerakan Gaji Baru untuk gred DG41 di bawah
SBPA
Gaji 2011 - Gaji SSM (RM) - TPG 2012 (SBPA)
T1            - 1695.85           - 1 April 
T2            -  1786.30          - 1Jan 
T3            -  1876.75          - 1Jul 
T4            -  1967.20          - 1Apr 
T5            -  2057.65          - 1Jan 
T6            -  2148.10          - 1Apr
T7            -  2238.55          - 1Jan 
T8            -  2329.00          - 1Apr 
T9            -  2419.45          - 1Jan 
T10          -  2509.90          - 1Jul 
T11          -  2600.35          - 1Apr 
T12          -  2690.80          - 1Jan

Dapat dari beberapa sumber..maknanya akan ada perubahan TPG juga lah ya..
Banyak betul versi ni, tak tahu yang mana satu yang betul...;) ctah

Thursday, 15 December 2011

Cuepacs Bantah pulak dah...

SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

TERKINI @ 08:06:01 PM 15-12-2011
Oleh G Manimaran
December 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.




Sumber The Malaysian Insider




p/s : jadi tuan2..nak sign ke tak nak????....;)

Sunday, 11 December 2011

Sbpa..oh sbpa..

Rasa-rasanya sekarang ni, ramai dalam kalangan penjawat awam sedang berkira-kira sama ada ingin kekal opsyen SSM atau beralih ke Sistem Saraan Baru Penjawat Awam atau SBPA dan ramai juga yang sedang mencongak berapa gaji yang bakal diperoleh mulai tahun depan. Gaji belum dapat tapi senarai perbelanjaan dah penuh dalam ingatan..lagi pun siapa kata berangan tu salah kan...kalau tak, takkan Mat Jenin pun boleh jatuh pokok kerana angan-angan,,

Bagi aku, biarlah kita membuat keputusan setelah kita congak, darab, bahagi campur, tolak dan sebagainya supaya keputusan yang kita buat hari ini tidak mendatangkan masalah di masa akan datang. Seelok-eloknya baca dan fahami sepenuhnya apa yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan 13 yang dikeluarkan oleh JPA tu baru-baru ni. Sesiapa rakan guru yang belum baca sila rujuk kat sini ya http://www.jpa.gov.my/guru/index.html     

Semua penjawat awam diberi tempoh dari 15 Disember hingga 30 Disember untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran ini..tapi dalam berita hari ini Cuepacs minta kakitangan awam tunggu keputusan kongres bagi membincangkan baik buruknya Sbpa ni,  rasanya sehingga 14hb Disember ni mereka bersidang, maknanya lagi dua hari jea..jadi boleh tunggu kot..ni link berita tersebut  http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=633390

Jadi fikir-fikirkan..tepuk dada tanya iman..

Sunday, 4 December 2011

Cuti Sekolah Musim Kenduri Bermula....Diet entah ke mana ;)

Sedar tak sedar, rupanya cuti sekolah telah memasuki minggu ketiga...
masih meriah dengan kenduri di sana sini..bagi yang berdiet, inilah cabaran 
yang agak hebat menanti, emmm..kalau tak kuat iman, rasanya program diet 
yang dirancang berbulan-bulan lamanya bakal lebur
dek memenuhi undangan...tapi tak mengapalah, memenuhi undangan itu suatu tuntutan, 
lagipun meraikan tuan rumah dan pengantin juga dapat menggembirakan hati semua pihak..

Walau bagaimanapun tidak semestinya memenuhi jemputan kita tidak dapat berdiet...
kata orang hendak seribu daya, kalau tak mahu tu, faham-faham sendirilah kan, 
pelbagai alasan akan tercipta untuk memenuhi kehendak yang satu itu..
sebagai permulaan bagi yang berdiet, apa kata kita ikut sedikit petua-petua atau tips 
ketika menghadiri kenduri...

Tips diet ketika menerima undangan kenduri:
i) Minum air masak / kosong sebelum melangkah ke rumah kenduri. Ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dan secara tidak langsung, mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.

ii) Makan buah-buahan terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan makanan berat yang lain (lagipun ini juga merupakan sunnah nabi kita kn ;)

iii) Sudah menjadi trend kebanyakan kenduri sekarang ni, tuan rumah menyediakan pelbagai juadah, ada bubur, mee rebus, laksa, soto, teh tarik, cendol, rojak selain menu wajibnya nasi dan lauk pauk yang pelbagai jenis. Jangan rambang mata, pilih satu sahaja makanan yang betul2 menepati citarasa dan mempunyai nutrisi yang seimbang..ingat makanan lain tu anda bukannya tidak pernah makan pun..

iv) Elakkan minum minuman yang manis selepas makan. Jika tuan rumah tidak menyediakan
air kosong,  apa kata anda bawa sendiri sebotol air minuman ketika menghadiri kenduri..
mudah bukan. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa..

v) Jangan ambil terlalu banyak lauk sehingga penuh satu pinggan seolah-olah anda baru sahaja pulang dari negara Somalia dan sudah beberapa hari tidak bertemu dengan makanan..pilih lauk yang benar-benar anda rasa berkhasiat dan seimbang..jangan risau untuk tuan rumah jika lauknya tidak habis kerana anda tidak mengambil kesemua lauk yang dihidangkan ;)...

vi) Kunyah makanan anda perlahan-lahan..biar makanan yang dimakan itu betul2 hadam sebelum ditelan. Nabi pun mengunyah 40 kali sebelum menelan sesuatu makanan..kan dapat pahala kalau kita menurut sunnah..;)

Okey..itu sahaja untuk tinta pena kali ini..apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri ini...Wassalam.....ctahsaid.